Sunday 2 March 2014

I HATE U FRIEND.

siapa ?  berapa org ?  ramai ke sikit ? kenapa ?? haha XD tak de keje..
okayyyy bye !

Saturday 18 January 2014

./....,..//,,....

Kriinggg.. Kringgg.!!
Kedengaran bunyi jam yang membingitkan suasana .
Azura pun mencelikkan matanya dalam keadaan yang masih terpinga-pinga. Kemudian, dia mematikan jam loceng dan terkejut melihat jam yang menunjukkan jam 6:45 pagi. Dia harus ke sekolah jam 7 pagi dengan menaiki bas. Itulah rutin harian Azura. Jika terlambat 2 minit, pasti akan ditinggajkan. "Ya Allah, dah lambat ni ! " Lalu dengan cepatnya dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Setelah itu, dia menunaikan sembahyang Subuh sebanyak dua rakaat kemudian memakai seragam sekolah. Dia memandang jam yang telah menunjukkan pukul 7:05 pagi,,.

Monday 9 December 2013

Wait and See :)

Mulai hari ni, mira tak nak sambung dah cerita aku dan dia tu. malas lah... mira akan buat cerita lain. okay ? tak tau lah tajuk apa... Just wait and see :)

Wednesday 20 November 2013

KMK

Hai, Assalamualaikum, hehe saja petang ni nak cerita pasal KMK. dah lebih kurang 2 minggu pergi baru nak cerita . apa lah mira ni. so, nak tahu tak KMK tu apa ? KMK tu Kem Minda Kreatif ! Mmg syok lah kem tu... KMK ni bwah HALUAN. Mesti pernah dengar kan apa tu haluan ? bg sesiapa yg tak pernah dengar boleh lah cari kat fb search--> HALUANITA atau HALUAN. kenal tak pakcik Norazman, Syed Halim ? yg pergi GAZA tu ? diorg tu ahli HALUAN lah. HALUAN ni bagus2, baik2.. anjurkan aktviti dan program yg bermanfaat. So, KMK ni diadakan di Masjid Putra, Putrajaya. Rasanya tak pernah K MK dibuat kat masjid selalunya kat hutan, tp x tau lah tahun ni knp buat kat masjid. KMK ni mencabar. kalau kat hutan lagi mencabar.
KMK yg kat masjid Putra ni free kalau tahun lepas kat ulu langat RM 100. KMK ni campur lelaki perempuan. kalau pesona tak. Tapi laki ngan laki , perempuan dgn perempuan.. aktivii campur tp group asing. So, yg bestnya time explorace lah. mmg mencabar lah ! kitorg kena pusing 1 masjid putra tu, kena lalu jambatan yg berlampu time malam tu.. pastu kena kira pulak tiang jambatan tu ad brp . ingatkan group laki yg sampai dulu kat tempat pendaftaran (tempat terakhir di tempat pendaftaran dlm dewan masjid putra,)  tapi rupa2nya group perempuan yg sampai dulu, hehe :) group mira lah tu. Alhamdulillah. nama group mira Teen Top. hehe, macam kenal je . :) OK. Then, ktorg dlm grup kena buat panggilan manja serta gaya skali. lawak. :) okay lah sampai sini je . malas nak cerita panjang2. Bagi sesiapa yg nak sertai KMK ni masih ada peluang lagi utk thn ni . dkt pulau pinang KMK diadakan pd 1-4 disember. boleh lah sertai.. kat mana entah lagi.. tengok bawah lah :


form 1 - 4 je boleh.        okayy




Tuesday 19 November 2013

INDONESIA

Siapa yg minat indo kat sini ? hah, ni nak cakap sikit mira ni minat sgt indo... tp sejak akhir2 ni tiba2 minat korea tapi indo still minat. mira minat sgt dgn sorg artis ni... (teka je lah) .. tp sbenarnya sebelum minat sorg artis perempuan ni, mira minat sorg lagi... but skrg ni mira minat dua-dua... :) entah apa2 je lah. mira tak nak bgtau nama artis tu sbb nnt mesti lah korg nak tengok gmbr dia.. dia tak pakai tudung, nnt mira dapat dosa pulak. So, mira tak bg tau lah yea. tak pe kan, ... hehe. :) ok, dah lah nnt melalut pulak.. hah, korg kenal tak Super 7 ? boyband indo. hah, diorg tu best. mira minat sbb diorg tak ada nyanyi lagu cinta langsung. lagu diorang semua bg mesej baik. but, ada 1 lagu ni.... liriknya " ayo.. berkaryalah dgn cinta" .. tu je. Kita fahamkan je lah lirik tu Cinta pada Allah , ibu bapa, kawan2. bagus lah lagu diorg tak buat pasal cinta langsung. Lagu utama diorg tajuknya Sahabat(best friend forever) .
BESSSSSSTTTT sangat2. lagu kedua mira suka tajuknya BERSEkOLah. ketiga tajuknya ORA et LABORA .. ada lagu diorg bertajuk Ayah Ibu.. ok, ada lg lagu diorg yg lain. tp, untuk permulaan mira bg tau ni je la. Selebihnya korang cari lah sendiri. Nnt melebih2 pulak mira ni. hah, ni mira bgtau sbb diorg lelaki bukan permpuan. ,... what ever lah.. kayyy, Assalamualaikum. :)

Aku dan Dia (Episode 2)

sambungan Flashback :
3)  Di Surau semasa solat zuhur _
Lili : "Yana, tak tilawah quran ke ? masa rehat panjang lagi. Jum lah tilawah sama-sama. :) "
Yana : "Hmmh, malas lah. saya nak balik dorm. nak online....  "
Lili : "MasyaAllah Yana, tak baik macam tu...drpd kita online, lebih baik kita dekatkan diri kita dengan Allah contohnya tilawah al-quran. :) "
Yana : "Awk ni kan kalau tak membebel satu hari memang tak sah kan ? Suka hati saya lah nak buat apa ? Bosan lah tilawah al-quran. Dah lah, saya pergi dulu."  ......................................__________
Lili : " Astaghfirullahalazim..."u

4) pada  Jam 3 pagi..
Yana : "Hhhhmmmmh ,, arghhh... sejuknyaaaa..... "       (Lili tersedar.)
Lili  : " Kenapa ni Yana ? "
Yana : " sejuk lah Lili... "
-Dalili meletakkan tangan di dahi Dayana -
Lili : "Ya Allah, panas nya . Awk demam lah Yana. tidak mengapa, sabar ye, saya ambilkan kain dan ubat"
beberapa minit kemudian -
Lili : "Yana , makan ubat ni. "  Lemudian Dalili melatakkan kain di dahiku..Dia menjaga aku sehingga aku tidur dengan nyenyak.
Keesokan harinya,
Rohana : "Dalili, bangun..! dah pukul enam ni.. nanti terlambat. "
-Dalili bangun-
Dalili : "hah, mana Yana ? dia mana ? "
Rohana : "Yana ada di bilik rawatan. Suhu badannya semakin meningkat."
Dalili : " Ooh, begitu. Terima kasih "
-rohana pun pergi-
Dalili : "Ya Allah, sepatutnya hamba tak tidur malam tadi. Kasihan Dayana .. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Amiinn..
Akibat terlambat , Dalili dihukum berdiri di luar kelas sambil diketawakan pelajar-pelajar lain.
Lili : " Tidak mengapa. Sabar Lili.. yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat. Ya Allah, berilah kesabaan kpd hambaMu ini dan sembuhkan lah Dayana . Aminn" -Dalili tidak menceritakan hal ini kepada yana dan meminta agar kawan2nya tidak memberitahu kpd yana.

5) Petang itu, Dalili & Dayana tidak pulang bersama ke Dorm disebabkan Dalili harus menghadirkan diri dalam sesuatu program. Di dorm,
Yana : " Hah, nak online lah .... hehe, tenang sikit tak ada Lili. Kalau tak., mesti dia membebel.. haaishh, Astaghfirullahalazim."
tiba-tiba bunyi kilat dan guruh berdentum dengan kuat.. lalu hujan pun membasahi bumi .
Rohana : "Cepat semua, angkat baju !!! "
aku , rohana dan 2 orang kawan satu rumah/dorm pergi mengangkat pakaian yang disidai.
semua kawan2 sudah siap mengangkat pakaian kecuali aku. Mereka pun masuk ke dorm dan melakukan hal sendiri.
Yana : " Hah, siap pun.. hmmm, nak angkat ke tak ye baju Lili ?? hmmh,, nak angkat tp hujan dah semakin lebat, malas pun ada.. online pun x habis lagi. tak payah la, siapa suruh dia ikut program. lantak awak lah Lili. Lagi pun saya masih geram dengan awak sebab pagi tadi terlupa kejut saya sampai saya kena denda. Sekarang, rasakan betapa sakitnya hati saya apabila diketawakan pelajar2 tadi, dah lah pelajar lelaki yang famous  pun gelakkan saya . hemmhh "
-Dayana pun masuk ke bilik tanpa mengangkat pakaian sahabat yg byk membantunya .. lalu basah lencun lah pakaian yang dibasuh oleh Dalili..
- Dalili pun pulang ke dorm dan terekejut setelah melihat pakaian nya yang basah lencun kerana tidak diangkat oleh sesiapa pun. - Dalili pun segera mengangkat pakaian nya itu. air mata membasahi pipinya.
Lili : "Isk... Isk... takkan tak ada sesiapa pun nak tolong angkat. Takkan Yana tak tolong angkat ? Ya Allah., dah lah banyak.. kena jemur sekali lagi pula lah esok.. Isk... Isk... takpe, sabar Lili. "
-setelah selesai mengangkat pakaian2 nya, rohana berkata : "Ya Allah, Lili. basah habis semua baju awak. Takkan Yana tak rolong angkat ? Maafkan saya juga, saya lupa, saya ingat awak balik dengan Yana td. "
Lili : "Tak mengapa. perkara dah terjadi... "
-rohana pergi-
-Lili pergi ke arah Dayana yang sedang online fb di atas katil. -
Lili : " Dayana, kenapa awk tak tolong angkat baju-baju saya ? awak tahu kan saya tak ada ?." (setitis air mata mengalir)
Yana : '(Ya Allah, tak sampai hati lah pula tengok wajah Dalili. kalau difikirkan, kasihan juga dalili. Ya Allah, jahatnya hambaMu ini.. ...____-)'
Lili : " Knp hah Yana ? "
Yana : ('tapi, dia dah buat aku sakit hati yg teramat sangat.. salah dia lah kan ')
Lili : " Yana !"
Yana : "Semuanya salah awak ! siapa suruh awk terlupa kejut saya pg td sampai saya kena denda ? hah ?! ni semua balasan utk awk !"
-Lili menangis -  
                                                          -
                                                                     -BERSAMBUNG-

Monday 18 November 2013

Aku dan Dia (Episode 1)

Entah apa yang aku rasakan, aku merasa bagai dunia ini tidak lagi seri, aku tidak merasakan ketenangan... aku hiba seketika, terkesima, air mata mengalir laju,... aku tidak percaya.. aku tidak percaya, benarkah ini sahabatku, Dalili . Hatiku bagaikan memberontak... ! wajah Dalili yang dulunya ceria, kini dilumuri darah akibat kelalaian ku sendiri. :( ini adalah salah aku sendiri !!!!

2 jam kemudian,
Doktor Syahid keluar dari bilik rawatan dan berkata "Dayana, dan kamu semua, saya mohon seribu maaf kerana tidak dapat menyelamatkan Dalili . Ini sudah takdir Allah dan kita tidak boleh melawannya.. Apa yang kita mampu hanya berdoa untuk kebaikan dan kebahagiaan Dalili . Saya minta diri dulu , Assalamualaikum. " Aku dan kawan2 terkesima mendengar penerangan Doktor Syahid. Aku menangis dengan teresak-esak. Aku tidak dapat menahan rasa sebak di dada.. Aku seakan tidak percaya bahawa aku telah membunuh sahabat aku sendiri, sahabat yang paling dikasihi,.. Aku tidak boleh memaafkan diriku sendiri !  Kawan2 menenangkanku lalu masuk ke bilik rawatan Dalili. Aku melihat muka Dalili yang pucat tetapi berseri dengan senyuman.. :) tandanya dia orang yang baik. 'Maafkan Aku Sahabat' detik hati kecilku.

Sehari selepas pengebumian Dalili,
Prankkkk !!!!! Kedengaran bunyi pinggan yang pecah. Adlina, kakak kepada Dayana terus ke dapur untuk melihat apa yang terjadi. Betapa terkejutnya dia melihat aku yang terbaring di lantai menahan kesakitan disebabkan luka di urat nadi tangan kerana memecahkan pinggan untuk membunuh diri. Kakak berkata "Ya Allah, apa yang awak lakukan ni Dayana ? Bahaya lah ! " aku berkata " Akak, dayana dah x kuat lagi. Dayana nak mati ! Dayana benci bila yana teringat akan kesalahan Yana terhadap Lili !, Dayana dah berdosa. Dayana x sanggup ingatkan dosa Dayana terhadap sahabat baik sendiri kak ! Mungkin ini cara yang baik untuk Yana tebus kesalahan Yana. "   "Dayana, ini bukan cara yang baik untuk dayana tebus kesalaha Yana, Dayana tahu tak membunuh diri tu dosa besar ! Allah murka ! Dayana kena sentiasa ingat Allah sentiasa bersama orang-orang yang solehah, yang sentiasa bersabar dan yang sentiasa memohon kepadaNya". kata Adlina. "Tapi Yana dah banyak berdosa, kak . ".........................

Tepat pukul 3 petang
" ergghhh.. hmmmh... , akak, umi, abi,"   Puan Zarina , ibu kepadaku berkata " Dayana, dah sedar ? apa yang Dayana cuba buat ? Dayana tahu kan bunuh diri tu dosa ?! Kalau sesuatu terjadi kat Yana tadi mcm mana? risau mak.. Alhamdulillah Yana tak apa-apa." ayahku, Tuan Rashid pun berkata " Yana, ingatlah Allah sentiasa bersama2 org yg beriman, jangan fikirkan sangat kesalahan Yana tu, Yana sendiri x sengaja kan ? " " Betul tu Yana, perkara dah terjadi tak boleh buat apa dah, Yana hanya boleh berdoa memohon ampun dan semoga Dalili tenang dan ditempatkan di kalangan org beriman . :) " celah kakakku. " Baiklah kakak, mak, ayah. Yana janji tak akan ulang perbuatan itu lagi. Mulai hari ini, Yana akan berusaha menjadi lebih baik daripada semalam . :)"

Jam 4 pagi, kedengaran suara lembut sang hamba yang sedang berdoa kepada Yang Maha Esa " Ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku memohon kepadaMU, ampunilah segala dosa-dosaku, maafkan lah segala kesalahanku. Sesungguhnya Engkau menerima taubat hamba-hambamu. Aku sedar akan kesalahan dan kelalaianku sebagai seorang muslim, mukmin dan sahabat. Ampuni aku kerana aku sering mengabaikan Dalili, aku tidak mendengar nasihatnya, aku tidak dapat menjadi yang terbaik buatnya. Tetapi, dia tetap sabar dalam melayani karenah aku , dirinya sangat mulia. Aku malu kerana tidak dapat menjadi seperti Dalili, aku malu kerana mengabaikan sahabat karibku sendiri.. aku malu kerana kadangkala aku lalai dalam mentaati perintahMu Ya Allah. ampunilah hamba. Ya Allah, tempatkan lah Dalili di kalangan orang2 yang beriman, berilah dia ketenangan. Aku yakin dia seorang yang mulia dan baik. Sayangilah Dalili Ya Allah. Ampunilah hamba. Amiinn"...........................

Flashback- 1)
"Lili, awak tahu x ramai yang like gambar saya kat fb ni.. :) happy nya "
"hah ? yeke ? tengok gambar awak,...... selepas melihat gmbar itu.  " Ya Allah Yana,.. kenapa awak letak gambar macam tu ? tak soleh la.. kalau ye pun, jangan lah jelir lidah macam tu. "
"Hah ? kenapa pulak ? cantik apa.. dah la yg like kebanyakannya budak lelaki yang hot dkt U ni tau..! "
"Astaghfirullahal'azim Yana, awak nak muka awak kena bakar ke dekat akhirat nnt ? Kita sebagai perempuan solehah, tak elok berbuat begitu. Allah marah. Kita tak boleh buat lelaki tergoda dengan kecantikan yang dimiliki."
"Hmmhh,, awak ni kan Lili, banyak cakap la. saya tahu awak jealous ye sebab ramai lelaki suka saya ? hissshhh, awk ni kalau jealous cakap je la jealous ! takde masa saya nak layan awak !"
"Astaghfirullahalazim"

2)  " Lili, tolong saya siapkan folio ni boleh tak ?
"Hah ? oohh,, boleh je. Saya pun tak ada kerja sekarang ni."
"yeay! sayang awk forever ! muah . "
-5 minit kemudian-
krohh, kroohh.
"Hmmhh, kesian Dayana, mesti dia penat. banyak sangat kerja ni. huhh, penatnya, Ya Allah bantulah hambaMu ini utk siapkan kerja Dayana ni.. Hamba kasihann melihat yana yang kepenatan ni.."
-Esok paginya-
"hmmhhhh,, ngantuk nya . Hah, folio ni dah siap ? siapa yang siap kan ? jangan2 , Daili... Ya Allah, baiknya Lili.. "   melihat isi folio... "hah ? kenapa page ni   warna biru ! kan saya x suka warna biru ! hishhhhh !!!!! "
"Hah, Yana, awk dah bangun pun.. sekarang, pergi lah mandi dulu, nnt terlambat pula nak solat subuh. "
"Dalili , knp page ni warna biru ?!!! saya kan tak suka warna biru !!! takkan awak tak tahu kut !!! "
"Hmmhh, maafkan saya Yana, saya letak biru sebab kertas warna lain semua dah habis.., saya nak letak warna putih, tapi, dalam note tu awak catat semua page tak boleh sama warna. Sorry !"
"Hmmh,, okayy lah. "
                                                                                                                   -BERSAMBUNG-